BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

writings from me for you to read (:

nothing interesting actually , it's just my so-called-closed-to-be-perfect life (:

Sunday, February 17, 2013

Kepastian

Nak sangat tahu.

Assalamualaikum :)

   Tulis ni pun bukannya sebab apa, cuma ingin meluahkan. Ye lah, alang alang dah ada blog, memang akan ku curahkan segala rasa hati lah kan? Kih3. Hmmm.. 

   Aku punya crush, yep insan lemah dan hina seperti aku pun punya rasa ingin dicintai. Wah ayat kih3. Aku punya crush yang aku rasa dia sendiri mengetahui betapa aku sayangkan dia. Tapi.. aku musykil. Benarkah? Samakah? Perasaan dia terhadap aku?

   Kita sentiasa berkongsi cerita, tiap hari, tiap jam. Saling menjaga satu sama lain. Namun, dia jauh. Jauh dari di mana aku berada sekarang. Satu satunya perkara yang menghubungkan kami, adalah teknologi. Dan itu menimbulkan tanda tanya bagi aku, sampai bila? Sampai bila kami akan berhubung seperti itu? Sampai bila kami akan berkongsi cerita? Sampai bila?

   Hari aku, terasa kosong, mungkin juga kurang jika tidak bertegur dengan dia. Jika di dalam satu hari itu, aku tidak sekurang-kurangnya wish goodnight pada dia, hati aku tidak tenteram. Risau, gelisah. Sihat kah dia? Apakah cerita dia hari ini? 

   Cinta. Ya mungkin aku cinta, tapi adakah itu cinta jika aku sendiri merasakan yang aku tidak layak untuk berdamping dengan dia? Adakah itu cinta sekiranya, aku dapat rasakan yang dia tidak pernah secocok dengan aku? sekiranya, aku merasakan yang aku hanyalah, teman ketika bosan? 

   Aku cuma inginkan kepastian. Jika benar dia mempunyai perasaan yang sama, Tuhan tunjukkanlah. Namun jika tidak, aku juga tidak ingin berpisah dengan dia. Biarlah aku menjadi, teman tika bosan. buat selama lamanya :')

p/s: sila muntah sekarang~

Saturday, February 16, 2013

Malang Tidak Berbau.

Weh haha laka laka je.

Assalamualaikum.

      Pe habaq semua? Kih3. Berabad tak hupdate blog ni. Geli geli je boleh pulak nak update malam ni haha. Tak ada lah, sebenarnya kebosanan ni. Dok statik atas katil tak boleh buat apa apa. Haaa nak tau mengapa? kih3, kelakar tau ceritanya.

       Actually, pagi tadi nak hantar kakak kat station bus, harini dia nak balik unimap, perlis. Aku jalan sebelah mama, siap pegang tangan lagi kot. Pastu entah macam mana, haha muncul pulak lubang depan aku. Entah macam mana tau? Kih3. Aku pun terjatuh dengan gayanya dan terseliuh lah kaki aku yang berbulu ni tihihi.

     Mak kau, sakit dia, takyah cakap ah. Peghh, meleleh air mata hidung liur sume! Menangis air mata maria aku kat lubang tu, Hahahaha. macik macik abe abe kat bus station tu pun dah menumpukan perhatian ke atas aku. al-maklumlah, dok menangis teresak esak sampai terduduk kan? mesti diorang fikir camni "Ish, sedih betul dia nak hantar kakak dia pergi, mesti dah lama terpisah, ish ish ish" eceh haha.

    Setelah bus kakak aku pun sampai, dan kakak sudah dibawa pergi, aku pun dipapah masuk ke dalam kereta. Ya Allah, masa tu sumpah! sakit dia, yang teramat sangat! Aku hanya mampu mengalirkan air mata untuk menahannnnn. Eceh haha. Pastu abah bawak pergi klinik. Turun kereta memang tak boleh jalan langsung, jadinya wilca lah menjadi peneman. kih3. doktor kat klinik tu cakap, kena x-ray, risau ada fracture lah apa hentah dia berwirid dengan mama, aku diamkan aje. 

     pastu ada benda kelakar tau jadi, kih3. masa aku tengah dok dengar mama mintak cuti seminggu tu tenenene, haha boleh pulak ada ulat bulu atas seluar aku. PEGH aku apo laie! menjerit lahhh! AAAHHHHHHH, aku jerit! pastu doktor suspect kaki aku sakit, terus dia tanya "mana sakit mana sakit?" hahahahaha aku pulak dok pejam mata je kih3 mengong. Pastu mak aku dok risau dah, dah bangun dari kusi, aku pun baru sedar yang diorang dah lebih2 risaunya, baru lah aku tunjuk ulat bulu atas peha aku tu kah3!! kelakar wehh, lepas nurse lelaki tolong amekkan dari peha aku, aku gelak sampai keluar air mata kah3. hadui, boleh pulak ulat bulu ni inter-frame. Aku rasa dia dah ada kat situ sejak aku jatuh kat lubangg tu lah rasanya, eee scary!

     pastu, doktor klinik tak dapat buat apa2, aku pun dihantar ke hospital tengku ampuan rahimah, klang. kat situ, mak aih, nurse yang tolak wilca aku tu, boleh pulak sendawa beberapa kali depan aku, pegh bau sambal! mesti baru lepas makan nasi lemak cissssss. dah sampai satu bilik kecemasan tu, aku kena tunggu buat beberapa minit utk dapat layanan doktor. hehehe bila doktor dah check sikit2, aku pg xray. dapat keputusan, doktor cakap takde pape, terseliuh biasa. cuma bengkaknya agak besar jadi susah untuk pesakit berjalannn jeng3. 

    dah dapat MC, aku pun ajak mak aku balik. haha mama marah, dia cakap. UBAT TU AMBIK DULU! adui, aku dari kecik memang allergic lah dengan ubat ubat ni. lebih2 lagi jenis kapsul tu. mak aih, nak telan tu peghhhh, mengalir air hidung ni. aku tak reti lah nak makan, pelik. hehehe. dah sampai rumah, aku pun dikendong oleh apakku ke kamar kah3. dan disinilah aku bertapa, tak gerak2. aduiyaiii, bosan weh bosan! 

moral of the story: lain kali, nampak ulat bulu jerit "ulat bulu!" bukannya tutup mata. Kthanksbai :p

yeah, tasha hasnan is the name. being in smkam for 5 years. and now, I'm at PoliteknikSultanIdrishShah :3 been in a whole lot of situation. i am problematic so be aware :P eventhough i frowned i cried but it doesnt mean im unhappy (:cause i'm FREAKINGLY TALENTED in hiding my emotions :)

p.s : bitches, this is my actual words. i didnt copy paste like you did ;)