Nak sangat tahu.
Assalamualaikum :)
Tulis ni pun bukannya sebab apa, cuma ingin meluahkan. Ye lah, alang alang dah ada blog, memang akan ku curahkan segala rasa hati lah kan? Kih3. Hmmm..
Aku punya crush, yep insan lemah dan hina seperti aku pun punya rasa ingin dicintai. Wah ayat kih3. Aku punya crush yang aku rasa dia sendiri mengetahui betapa aku sayangkan dia. Tapi.. aku musykil. Benarkah? Samakah? Perasaan dia terhadap aku?
Kita sentiasa berkongsi cerita, tiap hari, tiap jam. Saling menjaga satu sama lain. Namun, dia jauh. Jauh dari di mana aku berada sekarang. Satu satunya perkara yang menghubungkan kami, adalah teknologi. Dan itu menimbulkan tanda tanya bagi aku, sampai bila? Sampai bila kami akan berhubung seperti itu? Sampai bila kami akan berkongsi cerita? Sampai bila?
Hari aku, terasa kosong, mungkin juga kurang jika tidak bertegur dengan dia. Jika di dalam satu hari itu, aku tidak sekurang-kurangnya wish goodnight pada dia, hati aku tidak tenteram. Risau, gelisah. Sihat kah dia? Apakah cerita dia hari ini?
Cinta. Ya mungkin aku cinta, tapi adakah itu cinta jika aku sendiri merasakan yang aku tidak layak untuk berdamping dengan dia? Adakah itu cinta sekiranya, aku dapat rasakan yang dia tidak pernah secocok dengan aku? sekiranya, aku merasakan yang aku hanyalah, teman ketika bosan?
Aku cuma inginkan kepastian. Jika benar dia mempunyai perasaan yang sama, Tuhan tunjukkanlah. Namun jika tidak, aku juga tidak ingin berpisah dengan dia. Biarlah aku menjadi, teman tika bosan. buat selama lamanya :')
p/s: sila muntah sekarang~


1 criticisors:
dah muntah sbaldi da.hahaha.neway hope kali ni akan kekal selamanyeee ..amin !
Post a Comment