Assalamualaikum
Dada luas, tangan depa. Normal. Dapat bernafas dengan bebas. Aku bebas begini. Aku selesa begini. Aku gembira begini. Aku lebih tenteram begini. Bukannya aku benci, bukannya aku tidak menyenangi. Tapi aku takut. Takut pada komitmen. Takut pada risiko. Takut pada penolakan berkat dari Yang Maha Esa. So lebih baik aku berjaga jaga. Mengambil langkah mudah. Menolak semua potensi buruk. Consequences that may lead to major regrets!
Bukan aku tak sudi, bukan niat untuk mempermainkan. Tapi niat di hati ingin mencuba. Ingin memberi peluang, ingin menerima. Namun dah tersurat. Oleh yang Maha Besar. Hati ini masih tidak bersedia. Masih tertutup, masih takut, masih berdarah. Mungkin akan terbuka satu hari nanti, tapi aku sendiri tidak mahu membukakannya secepat ini.
Bukan tidak ingin mencuba lagi, tapi hati jadi tak tenteram. Seperti dosa menyelubungi diri. Seperti setiap pahala terpantul keluar, tidak sempat meresap ke dalam diri, tak dapat membantu menjadi hamba yang patuh. Sudah dijelaskan perkara ini haram. Haram dulu haram sekarang, selamanya haram. Maka tidak senanglah hati.
Jika betul sayang, jika betul cinta. Jadikan Allah di tengah. Cerita pada Dia, kasih pada Dia, maka aku akan terasa jika kasihmu ikhlas. Aku tunggu pada yang Halal. Aku tunggu pada yang gigih. Usah paksa, usah nangis. Jika sudah tersurat maka itulah. Berikan aku ruang untuk bernafas, untuk meluaskan dada, untuk mendepakan tangan. Lillahi taa'la.


0 criticisors:
Post a Comment